Sabtu lepas aku ada training dekat UiTM Dungun Terengganu, training hands on sistem i-Learn. Mula-mula semuanya berjalan lancar tanpa masalah tapi bila masuk bahagian Course Content ada satu masalah yang memeningkan kepala.
Masalahnya ialah, bila pensyarah nak download nota, dia kata Could not download the file. Yang memeningkan kepala lagi adalah, cuma sesetengah pensyarah sahaja yang mengalami masalah ini. Ada yang ok, ada yang tidak ….. huhuhuhu memang serabut.
Pada awalnya aku syak yang folder download pensyarah ini terlupa dicreate. So aku pun terjah masuk ke dalam server dan check, memang betul pun, folder download dia tak wujud. Aku cuba create folder dengan command mkdir tapi aku dapat error ni:
% sudo mkdir blah
Cannot create directory ‘blah’: Too many links
First time aku tengok error macam ni, bingong kejap jadinya. Google sana google sini baru aku paham. Rupa-rupanya ada limitation pada number of subdirectories yang boleh dicreate dalam sesuatu directory. Untuk filesystem ext3, didalam sesuatu directory cuma boleh ada maximum 32000 subdirectories.
Nombor ni memang telah diukir dan dipahat dalam source code jadi kalau nak ubah boleh, cuma perlu recompile kernel. Since aku rasa ada reason yang berkaitan dengan performance mengapa developer2 filesystem ini set kan maximum, aku mengambil jalan untuk tidak recompile kernel.
Aku set kan je kat cron untuk empty kan subdirectories dalam directory tu bila sampai masanya. Lebih mudah dan turns out that aku save 20% storage …. nice…